Posts
Popular Posts
Kedah Cemerlang Hari Pertama
Pasukan Memanah Kedah beraksi cemerlang di hari pertama dengan memungut 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Kesemua pingat diperoleh menerusi acara Recurve Wanita Individu. Nur Ain Ayuni Fozi memenangi 2 pingat buat pasukan Kedah, 1 emas (60m recurve wanita) dan 1 perak (70m recurve wanita). 1 pingat ganga hari ini diperoleh daripada Fatin Izzatie Mohamad Noris dalam acara 70m reucrve wanita. Tahniah dan syabas!
KEDAH 2021 INDOOR ARCHERY 2ND SERIES (REMOTE)
Persatuan Pemanah Negeri Kedah akan menganjurkan Kedah 2021 Indoor Series 2nd Series secara remote scoring pada 22 hngga 24 Oktober 2021. Kejohanan remote ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Kejohanan ini diadakan adalah kerana banyak pertandingan telah dibatalkan kerana COVID-19 tahun ini. PPNK akan mengadakan pertandingan ini supaya banyak pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan dapat terus berlatih walaupun di rumah serta dapat bergaul dengan orang lain dari jauh. Pendaftaran adalah melalui MAREOS. Tarikh dibuka untuk mendaftar adalah pada 12 September 2021 dan tarikh tutup adalah pada 7 Oktober 2021. Berikut adalah link yang berkaitan:
KEDAH 2021 INDOOR ARCHERY (REMOTE)
KEDAH 2021 INDOOR ARCHERY 1 ST SERIES (REMOTE) Penganjur Persatuan Pemanah Negeri Kedah Tarikh Tarikh buka untuk pendaftaran : 10 Ogos 2021 Tarikh tutup untuk pendaftaran : 25 Ogos 2021 Tarikh Kejohanan : 27 hingga 28 Ogos 2021 Masa 8:30 pagi (27 Ogos 2021) hingga 6:30 petang (28 Ogos 2021). Matlamat Banyak pertandingan telah dibatalkan kerana COVID-19 tahun ini . Kami akan mengadakan pertandingan ini supaya banyak pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan dapat terus berlatih walaupun di rumah serta dapat bergaul dengan orang lain dari jauh . Venue Boleh memanah dari rumah / kelab atau premis latihan masing-masing (indoor/ outdoor). Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan , sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan terkini di K...
MAHRAJAN MEMANAH SMKA/SABK/SMAN & JEMPUTAN BAWAH 15 TAHUN
Kategori Recurve Men & Women Mahrajan Memanah SMKA/SABK/SMAN - 50M Rounds Jemputan Under 15 - 60M Rounds Individual & Team Finals Target Face 122cm (1 - X) Outdoor WA Rules & MSSM Rules Bertempat di SMKA Sik, Kedah Pada 28 Jun - 1 Julai 2018 Yuran Pemanah RM80.00/seorang Pegawai (Pengurus/Jurlatih) RM20/seorang Muat Turun Surat Jemputan
MAKLUMAT JURULATIH MEMANAH DI NEGERI KEDAH
Perhatian kepada jurulatih-jurulatih memanah di seluruh negeri Kedah. Pihak Persatuan Pemanah Negeri Kedah sedang mengumpul maklumat jurulatih di seluruh negri Kedah bagi tujuan mengemas kini data jurulatih di negeri Kedah. Sehubungan dengan itu, pihak persatuan berharap agar jurulatih-jurulatih dapat memberi kerjasama untuk mengisi maklumat tersebut di https://forms.gle/EE2ZVYeALB4Nk5QW9 Jurulatih-jurulatih yang aktif tetapi masih belum mempunyai sebarang sijil kejurulatihan juga dialu-alukan untuk mengisi maklumat tersebut. Kerjasama semua jurulatih amatlah dihargai. KLIK SINI UNTUK MENGISI MAKLUMAT JURULATIH