Posts
Popular Posts
KEDAH 2021 INDOOR ARCHERY 2ND SERIES (REMOTE)
Persatuan Pemanah Negeri Kedah akan menganjurkan Kedah 2021 Indoor Series 2nd Series secara remote scoring pada 22 hngga 24 Oktober 2021. Kejohanan remote ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Kejohanan ini diadakan adalah kerana banyak pertandingan telah dibatalkan kerana COVID-19 tahun ini. PPNK akan mengadakan pertandingan ini supaya banyak pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan dapat terus berlatih walaupun di rumah serta dapat bergaul dengan orang lain dari jauh. Pendaftaran adalah melalui MAREOS. Tarikh dibuka untuk mendaftar adalah pada 12 September 2021 dan tarikh tutup adalah pada 7 Oktober 2021. Berikut adalah link yang berkaitan:
MAKLUMAT JURULATIH MEMANAH DI NEGERI KEDAH
Perhatian kepada jurulatih-jurulatih memanah di seluruh negeri Kedah. Pihak Persatuan Pemanah Negeri Kedah sedang mengumpul maklumat jurulatih di seluruh negri Kedah bagi tujuan mengemas kini data jurulatih di negeri Kedah. Sehubungan dengan itu, pihak persatuan berharap agar jurulatih-jurulatih dapat memberi kerjasama untuk mengisi maklumat tersebut di https://forms.gle/EE2ZVYeALB4Nk5QW9 Jurulatih-jurulatih yang aktif tetapi masih belum mempunyai sebarang sijil kejurulatihan juga dialu-alukan untuk mengisi maklumat tersebut. Kerjasama semua jurulatih amatlah dihargai. KLIK SINI UNTUK MENGISI MAKLUMAT JURULATIH
KEDAH JUARA KESELURUHAN KL U-12 ARCHERY CHALLENGE
Kedah muncul juara keseluruhan KL U-12 Archery Challenge 2016 yang berlangsung pada 25-27 November 2016 bertempat di Kompleks MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur setelah mendapat jumlah pungutan pingat sebanyak 11 pingat (4 emas, 4 perak dan 3 gangsa) diikuti pasukan SKBJ di tempat kedua dan SKIPG Terangganu Team di tempat ketiga. Mohd Syamil Fikri Mohd Fuad menjadi wira Kedah setelah memungut 3 pingat emas dalam acara 30m Rounds Lelaki Keseluruhan, Berpasukan Keseluruhan dan Pusingan Olimpik Individu. Keputusan penuh boleh didapati di link diberikan. KEPUTUSAN KEJOHANAN
KURSUS KEHAKIMAN MEMANAH KEBANGSAAN IPT@KPT SIRI 1 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa PKS UnisZA dan NAAM akan menganjurkan Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan IPT@KPT Siri 1 2017 pada tarikh dan tempat seperti berikut: Tarikh: 12 hingga 16 Februari Tempat: UNisza Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu Had Penyertaan: 60 orang sahaja. Sesiapa yang berminat bolehlah muat turun di bawah. Muat turun surat jemputan
KEDAH 2021 INDOOR ARCHERY (REMOTE)
KEDAH 2021 INDOOR ARCHERY 1 ST SERIES (REMOTE) Penganjur Persatuan Pemanah Negeri Kedah Tarikh Tarikh buka untuk pendaftaran : 10 Ogos 2021 Tarikh tutup untuk pendaftaran : 25 Ogos 2021 Tarikh Kejohanan : 27 hingga 28 Ogos 2021 Masa 8:30 pagi (27 Ogos 2021) hingga 6:30 petang (28 Ogos 2021). Matlamat Banyak pertandingan telah dibatalkan kerana COVID-19 tahun ini . Kami akan mengadakan pertandingan ini supaya banyak pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan dapat terus berlatih walaupun di rumah serta dapat bergaul dengan orang lain dari jauh . Venue Boleh memanah dari rumah / kelab atau premis latihan masing-masing (indoor/ outdoor). Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan , sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan terkini di K...